Sunday, June 24, 2018

Bekerja di Pelantar Minyak?

Minat Bekerja di Pelantar Minyak?

1.      Mesti atau berusia 18 tahun ke atas.
Biasanya lepasan SPM lah. Sementara nak tunggu result tu ok juga cari pengalaman. Masalahnya sukar juga nak dapatkan company yang nak recruit worker yang tidak pernah ada pengalaman bekerja ni. Perkara yang paling mudah register kat INSTEP – Institut Teknologi Petronas. Atau lawat web dia kalau nak tahu lebih lanjut. 
Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP – Batu Rakit Campus)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit, 21020, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, MALAYSIA
Tel: 609 – 669 6141 | Fax: 609 – 669 6702
Email: instep@petronas.com.my

2.      Safety Passport.
Ianya adalah "Conpulsory – WAJIB". Bagaimana nak dapatkan safety passport ni. Jika anda berada di sebelah pantai timur Malaysia, TSTC menawarkan berbagai course untuk workers. Ada berpuluh-puluh courses di sini tetapi yang wajib untuk bekerja di offshore :
    • Basic sea survival course
    • HUET – Helicopter underwater escape training
    • Fire fighting
Untuk bekerja di sebelah platform Petronas, anda perlu ada 4 courses. Exxonmobil setakat ini mewajibkan 3 courses. So tanpa course ini anda tidak akan dapat passport, takde passport maaf anda tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun kalau anda seorang VIP, kalau takde anda maka kerja tak boleh buat, masih ada peluang untuk anda terlepas untuk sekali namun bergantung kepada keadaan.
Berapa ribu ringgit Malaysia? Untuk 4 courses ini ada perlu ada RMX,XXX.XX. Anda boleh contact TSTC atau layari website dia orang.
Terengganu Safety Training Center Sdn Bhd
3572, Jalan Panchur, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
Tell : 09-8623300 | Fax : 09-8623302
3.      Physically fit.
Macam aku terangkan di atas, hanya personnel yang fit sahaja yang boleh bekerja di sana, yang jenis lemah lembik dinasihatkan tak perlu memohon lah. Alasan aku, kita akan bekerja di sebuah tempat yang kotor, bahaya, cuaca yang tak menentu atau ringkasnya kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.Everything nak cepat, kalau lambat panas lah telinga. Begitu juga dengan crew-crew otai yang dah lama bekerja di sana, ada yang hampir 30 tahun! So puak-puak otai ni ada yang kasar ada yang sebaliknya. Kalau dapat bekerja dengan satu team yang baik tu ok lah, kalau puak yang satu lagi tu, alamat nak kena demob je lah.
Demob – balik ke onshore, atau back to town.
4.      Mentallity Fit.
Kalau cepat terasa hati, suka menangis, cepat tersentuh atau apa saja peel yang sewaktu dengan kaum hawa tu sekali lagi dinasihatkan tak perlu apply lah. Sebab, sendiri mau ingat kita nak bekerja di pelantar minyak nun di tengah laut, bukannya di kedai salun rambut.
5.      Medical check-up.
Anda perlu jalani medical check-up terlebih dahulu, x-ray apa-apa yang patut. Jantung OK, paru-paru OK, mata OK dan semuanya OK. Kalau semua OK boleh jalan terus.

No comments:

Post a Comment

IKLAN KERJA-SEA OWL-SUBSEA PROJECT PLANNER

SEA OWL JOB VACANCY SES MALAYSIA SUBSEA PROJECT PLANNER email your cv: jas.kuan@seaowlgroup.com